Tuesday, 27 November 2012

Aqidah dan Perjuangan

Buku 
Aqidah dan Perjuangan
oleh Fadzil Noor, Mohd Abdul Hadi Awang

 

Terbitan Jundi Resources
Cetakan Pertama Januari 2012
Harga: RM7.00
Status: Bundle

Penulis: Ustaz Fadzil Noor, dan Ustaz Abdul Hadi Awang

Tentang Buku: Seorang pemimpin itu perlu lebih arif mengenai mafhum Islam yg menjadi jalan dan matlamat dgn penuh keimanan sehingga dia tidak berpaling kepada segala bentuk gangguan yg menghalang. Dia akan Istiqamah dalam menegakkan cita2 Islam bermula dengan mentauhidkan Allah, membawa manusia supaya mengakuinya sehingga tegaknya kalimah ALLAH dan bersihnya bumi ini daripada segala mcm kufur dan syirik dgn terlaksana segala nizam yg ada dalam ajaran Islam
As-Syahid Sayyid Qutb sblm digantung sampai mati sbg syahid sempat menulis surat kpd adik perempuannya dan berkata kepadanya, "Wahai Adikku, barangkali sekarang ini engkau sedang melihat dgn gerun tali gantung yg akan menjerat leherku. Kita akan merasakan perjuangan kita sempit apabila kita memikirkan bahawa kita yang memulakan perjuangan ini dan kita akan mengakhiri perjuangan ini ttp apabila kita memikirkan bahawa kita bukan kita yg memulakan perjuangan ini dan bukan kita yg menamatkannya, maka ketika itu terasalah bagaimana luasnya perjuangan kita, bagaimana luasnya keluarga kita kerana keluarga bukan diikat oleh keturunan darah ttp keturunan kita diikat oleh kesatuan akidah La Ilaha Illallah Muhammad Rasulullah."
Yakinlah, bahawa kita adalah penyambung perjuangan kebenaran yg dimulakan oleh para rasul dan para anbiya' hanya akan berakhir apabila berakhirnya dunia ini. Oleh itu yakinlah kita bahawa tidak ada kekuasaan manusia di muka bumi ini yg boleh menghalang perjuangan Islam ini.TAKBIR!!!

Petikan drpd As-Syahid Sayyid Qutb amat bermakna. Buku ini memberi kefahaman tentang Aqidah dan hubungannya dgn Perjuangan

Halaman: 140 halaman muka surat

Kandungan
Drpd Penerbit
  1. Akidah dan Kepimpinan
    Ilmu
    Amal dan Tazkiah
  2. Akidah dan Pengaruhnya dalam Kehidupan Muslim
    Pengertian Akidah
    Akidah sebagai Dasar Hidup Muslim
    Hakimiyyah adalah Hak Milik Allah
    Kebenaran Tidak Ditentukan oleh Majoriti
  3. Keruntuhan Umat Islam kerana Kejahilan dan Pengaruh Barat
    Awasilah Golongan Perosak
    Islam Dijadikan Alat Pengekal Kuasa
    Perjuangan Islam tetap Diteruskan
  4. Beberapa Tuntutan ke atas Pendukung Harakah Islamiyyah
    Gerakan Islam Memerlukan Perencanaan
    Awasi Taktik Pemerintah Sekular
    Mengapa Berlaku Perpercahan
    Perjuangan Islam Bersifat Universal
  5. Peranan Ulamak sebgai Pemimpin Ummat
  6. Abad Kebangkitan Islam
  7. Perjuangan dan Ujian
    Tidak Ada Penderhakaan dalam Negara Sekular
    Kerajaan Malaysia bukan Negara Islam
    Persoalan Syahid Tidak Tertakluk dalam Majlis Fatwa
  8. Kezaliman Nasionalisme
  9. Muslimat dan Perjuangan
"bagaimana luasnya keluarga kita kerana keluarga bukan diikat oleh keturunan darah ttp keturunan kita diikat oleh kesatuan akidah La Ilaha Illallah Muhammad Rasulullah."
As-Syahid Sayyid Qutb

Monday, 26 November 2012

Keunggulan Imam Bukhari

Keunggulan Imam Bukhari
oleh Muhammad Fuad bin Kamaludin
Pengerusi Aqidah Majlis Agama Islam Negeri Selangor

 




Terbitan Sofa Production
Cetakan Pertama Jun 2011
Harga : RM 7.00
Status: Bundle/Terpakai

Penulis: Muhamad Fuad bin Kamaludin

Tentang buku:
 Beliau (Imam Bukhari) ialah seorang Imam besar dan Muhaddith Agung. Abu Abdillah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn Al- Mughirah ibn Bardizbah al-Bukhari. Dilahirkan pd hari Jumaat slps solat Jumaat bulan Syawal thn 194 Hijrah di Bukhara, Uzbekistan... (ketahui dgn lebih lanjut)

Menceritakan tentang Biografi Imam Al-Bukhari, Kitabnya Shahih Bukhari, Thulathiyyat Bukhari dan lain-lain.

Petikan drpd Muqaddimah buku, "Amat malang bagi Umat Islam khususnya penuntut ilmu dan golongan yang mendakwa diri mereka bergelumang dengan ilmu hadith dan sering menyebut-nyebut tentang Sahih Al-Bukhari, tidak mengenali Imam Al-Bukhari".

Halaman: 172 halaman muka surat

Kandungan:
INTISARI
MUQADDIMAH
Biografi Imam Bukhari
Imam Ahli Hadith
Shahih AL-Bukhari
Thulathiyyat AL-Bukhari
Sanad Qiraah & Sama' serta Ijazah Thulathiyyat Al-Bukhari
Rujukan

Tidak kenal maka tak cinta, kenalilah Imam Bukhari !

Biodata Ustaz Riduan Mohamad Nor

Assalamualaikum.
Sgl Puji bagi Allah, Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW.

Hari ni Ahmad nak kongsikan tentang biodata Ustaz Riduan Mohamad Nor, seorang penulis yang hebat dan antara ahli gerakan Islam yg byk menyumbang kpd Islam.

Biodata Ustaz Riduan Mohamad Nor


Nama : Riduan Mohamad Nor (B.A (Hons) UM. DIP. ED. UM. M.A UKM)
Asal : Besut,Terengganu
Tarikh Lahir: 1 Jun 1971

Telah berumahtangga dan kini mempunyai enam orang cahaya mata (Muhammad Jundullah, Muhammad Saiful Islam, Fatin Najwa, Ummu Nusaibah, Muhammad Mujahid, Mujahidah).Mendirikan rumahtangga dengan Norleeza Abdullah (B.A (Hons) UM) pada tahun 1993 ketika sedang menuntut di Universiti Malaya.

di Universiti Malaya(UM)

Beliau dan isteri, Norleeza adalah exco Kerohanian Persatuan Mahasiswa Terengganu (PERMATA).Riduan juga adalah exco Kerohanian Kolej Kediaman Pantai Puri UM.
Beliau bergraduat daripada UM pada tahun 1995, pada tahun yang sama merupakan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Lembah Pantai, Setiausaha PAS Cawangan Flat UDA, juga sebagai Imam di surau An Nur, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.

Penglibatan terhadap kemasyarakatan,sosial, politik

Beliau telah menapak daripada Cawangan sehinggalah ke peringkat Dewan Pusat PAS Pusat, semua pergulatan sosial dan politik secara langsung ini akan dituangkan dalam karyanya ‘Memoir Pemuda”.Melalui wadah perjuangan Islam inilah beliau menghabiskan sebahagian besar umurnya, PAS sebagai Universiti kedua yang memberikan ilmu, mematangkan pengalaman, menajam tahap intelektual, merasai dihargai sebagai manusia, menghirup sejuta satu makna kehidupan dengan kepelbagaian latarbelakang ahli dan kepimpinannya.Melalui wadah Islam inilah Allah memberikan sejuta satu pengalaman berguna baik dengan sisi putih dan hitamnya, insan ini paling gugup dan bergemuruh didepan khalayak namun dengan pantas Allah menukarkan watak ini dengan keberaniaan apabila berdepan dengan audien apabila bergulat di medan jamaah.

Kehidupan Ustaz sebagai seorang 'Daie'

Beliau adalah pengarang beberapa buah buku antaranya ‘Pertembungan Iman dan Kufur’, ‘Peperangan Rasulullah S.A.W’, ‘Ulama Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan’, ‘ Sejarah Pemalsuan Al-Quran’, ‘Ahzab Moden dan Masa Depan Islam’, ‘Penghinaan Terhadap Rasulullah: Implikasi Hukum’, ‘Islam Liberal dan Pluralisme Agama’ dan ‘Memperingati 100 Tahun Hasan Al-Banna’.”Potret Perjuangan Mahasiswa Dalam Cerminan Dekad”, “tajuk-Tajuk Utama Ramadhan’ (bersama dengan Nazri Chik), ‘Sejarah Dan Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden’, ‘Murtad: Implikasi Hukum Dan Fenomena, ‘Makkal Sakhti:Analisa Pilihanraya 2008, Pengaruh Ikhwanul Muslimin Terhadap PAS, ‘Duka Acheh Luka Kita’, ‘Catatan Pilu Tragedi Gempa Bumi Pakistan’.’Menggenggam Bara’ dan beberapa buah buku lagi termasuk yang belum diterbitkan seperti ‘Panduan Nuqaba’ Ceria’.(Klik di sini untuk buku-buku tulisan Ustaz yg kami jual)
Beliau merupakan pengkuliah, penceramah, Motivator, menyampaikan kuliah-kuliah ilmu di surau-surau dan masjid-masjid di seluruh tanah air (Masjid KLCC, Masjid Tabung Haji, Masjid Ar Rahman, Masjid Ar rahimah, Masjid Saidina Ali dan ratusan masjid yang lain) dan di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta seperti di Jabatan Kerja Raya (JKR), Maybank, Petronas, Bank Pembangunan Industri, Pejabat Kastam Di Raja Malaysia, Malaysia Airlines System (MAS), Perodua, Pusrawi, Sapura Holding dan banyak lagi.

Penglibatan terhadap dunia luar
Beliau pernah diundang untuk menghadiri program-program pelajar Malaysia di luar negeri antaranya di Jordan, Mesir, Syria, Indonesia dan Jepun. Selain itu, beliau juga selalu diundang untuk menjadi ahli panel forum dan pembentang kertas kerja serta wacana ilmu berkenaan isu-isu agama, sosio-politik, budaya dan sebagainya.Menjadi Pengerusi Front Bertindak Anti Murtad (FORKAD)
Beliau juga merupakan aktivis bantuan kemanusiaan tanpa sempadan dengan berwadahkan Muslim Care Malaysia , sebuah NGO yang menggalang kerja-kerja kemanusiaan di dalam dan luar negara. Pernah terlibat di Acheh, Jawa Barat, Cambodia, Jogjakarta, Pakistan, Kashmir dan khemah pelarian Palestin. Semua pengalaman misi kemanusiaan ini akan dituangkan dalam sebuah buku bertajuk ‘Peta Luka Umat Islam’ dan ‘catatan hidup”.

Tentang Ustaz
Riduan Mohamad Nor dijoloki dengan gelaran Ustaz We@ ustaz Wan (oleh anak-anak murid dan pengikut kuliah), Pok Wan (oleh anak-anak saudara, kaum keluarga), Duang (kawan-kawan rapat dan panggilan zaman remaja).
Hobi insan ini ialah membaca (sebuah buku satu hari paling minima), menulis( minima dua helai mukasurat satu hari), berkelana pusing dunia.Bercita-cita untuk meninggalkan dunia ini dengan lebih seratus buah buku pelbagai tajuk untuk ditatap oleh generasi selepas ini.Juga bercita-cita untuk mencetak ribuan kader-kader dakwah di negara ini melalui program pentarbiahan dan tajnid.Beliau menggilai tokoh pejuang seperti Hassan Al Banna, Sayyid Qutb, Said Hawwa, Pak Natsir, Maududi, Dr Burhanuddin.
Riduan juga meminati penulisan aliran kiri seperti Pramoedya Ananta Toer lewat karyanya ‘Keluarga gerila’, ‘anak bumi’, Boestaman dengan pelbagai koleksi buku,juga mencandui bahan-bahan penulisan dari tanah Seberang dengan pelbagai genre, buku-buku fikrah dan dakwah tulisan Ustaz Abu Ridho yang mencerahkan akal, novel-novel Islamik garapan Gola Gong, Mutmainnah, Habiburahman dan teman-teman dari Forum Lingkar Pena (FLP). Bersama beberapa penulis tempatan yang lain , Riduan sedang mengusahakan Jaringan penulis Islam Malaysia (JUNDI), wadah ini akan ditunggangi intuk memerkasakan dakwah dan harakah melalui medium penulisan.
Beliau telah berlanglang buana ke pelbagai kota di belahan dunia ini, Banda Acheh, Meulabuh, Blang Pidie, Brastagi, Batak Karo, Medan, Bandubg, Tasik Malaya, Cipanas, Pangandaran, Jogjakarta, Solo, Jakarta, Bogor, Puncak, (dan banyak Bandar-bandar lain di Indonesia), juga menyusup ke Pnong penh, Preai Riem, Chennang, (Cambodia), Fukuoka, Oita (Jepan), Irbid, Muktah ,Amman, (Jordan), Beirut (Kota Romantis yang melelahkan), Damascus, Nawar, (Syiria), Makkah, Madinah, Jeddah, (Saudi), Dubai, Brunei, Singapura yang sombong, Bangkok, Yala dan Wilayah Selatan yang bergolak rawan, Karachi, Islamabad, Rawalpindie, Balakot, (Pakistan- yang tegar dengan berantakan), Muzaffarabad (Kashmir yang bergolak),juga melintasi Asia Timur seperti Macau, Guang Dhong, Ghung Zhou (nama lamanya Canton yang sarat dengan sejarah), Bandaraya Hong Kong (yang tidak pernah tidur , mercutanda kapitalisme di Asia) dan banyak lagi tempat yang disinggahi untuk memperkaya koleksi hidup.